story begin here . . .

story begin here . . .

Wednesday, April 23, 2014

Perasaan

If you know who is "Pie", then you are "Pie" in my heart..

statement kat atas ni hanya sorang ja yg akan terasa dan faham..

Berbalik pada tajuk utama entry kali ni.."Perasaan".
Perasaan datang dari hati dan tidak boleh dipaksa..Perasaan tu cuma ada untuk dia yang mengetahui ja..
Apa perasaan anda bila orang yang anda sayang dari zaman sekolah dulu tetiba cakap dia xda perasaan?
Sedangkan selama 6 tahun kenal ni boleh kata setiap hari hantar mesej " I love you", " I miss you ".
Apa dah jadi dgn mesej tu?Apa maksud mesej tu kalau dah kata xda perasaan.

Baru-baru ni wa ada tgk satu cerita ni..Sebijik jgk la cam kisah hidup wa. Tapi wa sekarang xpasti dan bingung dengan ayat xda perasaan.

Wednesday, March 5, 2014

dalam hati. . .



Hello.. Salam 1 Malaysia, Salam 1 upnm bak kata nc kesayangan wa..

korang rasa seseorang itu setia tak kalau dia sanggup pertahankan cinta dia selama lebih kurang 6 tahun walaupun dalam 6 tahun tu, orang yang dia cinta tu pernah melakukan kesalahan yang boleh kata tak boleh dimaafkan la bagi orang yang tgh bercinta ni..

aku tak nak sebut atau tuju untuk sesiapa pun pasal apa yang wa tulis di entry wa yang lepas n entry untuk kali ni..

Adakah memberi peluang kedua akan memberi kebahagiaan atau sebaliknya??

Kita takkan pernah tahu apa yang akan jadi kat diri kita di masa depan.. kita cuma boleh berusaha mempertahankan sesuatu yang kita sayang.. Tapi bila sampai masa untuk kita lepas orang yang kita sayang, masa tu dah tak guna nak mempertahankan apa-apa.. Wa masih xboleh bayang macam mana wa nak hadapi saat tu.. Kesakitan yang seolah menikam jantung hingga hancur luluh.. Ya.. mungkin orang akan cakap wa ni xguna, selfish.. Tapi wa sayang dia sepenuh hati wa.. wa nak jaga dia, nak sayang dia, nak bersama dgn dia, nak senyum dgn dia, nak dia lihat apa yang wa lihat, nak dia rasa apa yang rasa..

Wednesday, February 26, 2014

Roman cinta . . .

Kita selalunya tak sedar, orang yang selalu buat kita tersenyum tu adalah orang yang sayang kita sangat-sangat, walaupun kadang dia terluka, dia tetap mencuba hingga satu masa, dia undur diri. Masa tu barulah kita akan tercari-cari..

Kesimpulannya, hargailah selagi dia masih ada untuk kita..

Aku tak tujukan untuk sapa-sapa.. cuma tersedih bila teringat 1 kisah . .
Dan kesedihan tu yang membawa aku untuk meminati lagu kat bawah ni sepenuh jiwa..


Roman Cinta - Mojo

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu
Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati roman cinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali roman cinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi
Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta



Mojo - Roman Cinta

Monday, February 24, 2014

Ampang havoc!!

Assalamualaikum...
Ya Allah busy sampai terlupa kita ada blog..
biasa la dah di pengakhiran tahun 2 ni..
oh yeahh!!!
sebut pasal pengakhiran sem 2 ni ahahaha.. Sem depan nak praktikal oii..terbebas sebentar dari upnm yang sangat indah ni..
sem 4 oh sem 4..xsabar nak habiskan sem 4..
ok lah..berbalik kepada tajuk utama hari ni..Ampang havoc!!
start sem ni lu org boleh gelar wa budak ampang ok sebabnya wa memang officially akan berada di ampang every jumaat, sabtu, ahad kecuali cuti sem n cuti midsem la..
jangan risau sebab wa ni masih belum lupa asal usul wa..
actually wa rindu sangat kat negeri perlis yang tercinta tu..tapi kena tahan la sebab nak struggle betul2 sem ni..ahaha..bajet awal2 sem nak jadi budak rajin+poyo..haha..
ok laa..wa ade class military history petang ni..doakan supaya wa xtertido dalam class ok..

Wednesday, February 19, 2014

Rintihan part 1

Assalamualaikum . . .
Alhamdulillah aku masih bernafas seperti biasa . . .
Rintihan dan keluhan aku tentang dugaan dan kepayahan aku berada di upnm ni belum lagi habis..
Apa kata aku sambung di entry seterusnya sebab sekarang ni pukul 5. Jadi wa nak turun pi wat pt la..
badan dah macam tong dram oii..
ok la..setakat ini sahaja..

Tuesday, February 18, 2014

surat kiriman rasmi dari hati . . .

assalamualaikum w.b.t.

hari ni aku berdiri disini setelah sebulan lebih meninggalkan belog ini adalah untuk mengadu domba segala masalah yang menimpa aku di pengawalan semester ini..

Ya Allah Ya Rabbi..
semakin bertambah dugaan yang harus aku hadapi untuk semester 4 ni..dah la credit hour yang sepatutnya cuma 21 dinaikkan kepada 25..lepas tu malam ni pulak dapat kad keluar masuk upnm.. Bermulanya minggu depan semua pelajar upnm yang nak berurusan di luar kawasan campus diwajibkan menggunakan kad keluar masuk. Ya Allah, Tan Sri nc layan kami semua ni macam budak sekolah asrama penuh!! Tolonglaa.. Dah bermacam bantahan dikemukakan oleh pelajar-pelajar. Tapi yang hanya mampu dijawab oleh pihak pengurusan "korang semua ni nak berjaya kena patuh setiap arahan dan peraturan yang upnm dah buat."
Aku sangat sayangkan upnm dan semua warga upnm yang sangat perihatin.. Terima kasih sangat-sangat sebab buat kami semua student upnm ni rasa kembali ke zaman kanak-kanak ribena. Yeahh! aku ni ada rasa nak pi cium pala botak Tan Sri tu tau. Sayang sangat kat dia.

Di sini aku nak menasihati supaya janganlah sesekali bermimpi atau berangan nak masuk UPNM...sebab sekali hampa masuk upnm, mimpi yang sebelum ni indah hanya tinggal kenangan.. masuk sini memang nightmare 3 tahun..

sekian untuk post kali ni..

Yang Benar,
Hati yang sangat-sangat sakit
(Setiausaha agung blog ini)

Sunday, January 5, 2014

flying kiss . . .

OMG...berita panas uollss..haha..xdak la panas sangat pun sebenarnya..

hari ni aku lepak library.. tak sangka pulak jumpa org yang mengaku dia crush dgn aku..haha
malu sebenarnya tapi bajet cool la.. beberapa minggu yang lalu aku dapat surat cinta dari si dia ni..dalam tu ada tulis pasal luahan hati dia + lagu encik mimpi-rindukanlah. boleh pulak dia mai dok lepak depan meja aku duduk ni..banyak lagi meja lain kot nak jugak duduk kat situ. dah la duduk menghadap aku..sakit betul hati ni..

Sejam berlalu, dia dgn kawan-kawan dia pun bangun sebabnya sat gi dia ada paper apa tah.. boleh dia lambai-lambai tangan dia pas tu wat flying kiss..Tolong laa. haishh! dalam hati ni kata tak tau cam na nak hadapi dunia sebabnya boleh dikatakan setiap hari aku akan terserempak dengan dia..