story begin here . . .

story begin here . . .

Tuesday, December 24, 2013

First Love . . .

" Your first love is always alive and lives all the time in your heart,
   How much you try to forget, it never goes away from your heart. "

" Love doesn't make the world go round, Love is what makes the ride worthwhile. "

Apa pendapat korang pasal first Love? tipu la kalau korang cakap korang tak pernah pun ada first love . .
mungkin ada di antara kita yang kata first love tu macam nightmare, sweet, sad, dan wa pasti ada juga yang berumah tangga dengan first love mereka . . 

Ni kisah cinta pertama aku . .

Aku mula mengenali dirinya sejak di bangku sekolah iaitu ketika usia 12 tahun. Kami hanya bertemu di kem yang diadakan di perlis untuk persediaan sebelum UPSR. Pada masa tu, hanya dia yang menjadi perhatian. Sikap ramahnya, manis senyumnya, sinar matanya, lembut bahasanya yang membuat hatiku tertawan. 
Tipu la kalau aku cakap tak jatuh cinta. Selepas kem tu berlalu, aku selalu terserempak dengan dia di pasaraya, pasar malam tapi kami malu untuk saling bertegur. Hanya senyum yang mampu ku beri.
Selepas tamat sekolah rendah, aku menyambung pelajaran di SMK Derma. Aku tercari-cari dirinya kerana sekolah ni boleh dikatakan memang khas untuk budak yang otaknya geliga sikit. Dalam pencarian tu, aku bertemu sahabat baiknya Si S. S menegur aku dan aku pula menanyakan tentang khabar first love ku itu. S bercerita panjang tentang dia dan ternyata dia tidak mendapat tawaran untuk belajar di sekolah ini. Sejak dari itu, aku dan first love ku ni berbalas surat melalui S sehingga ke tingkatan 3. 3 tahun lamanya kami bercinta di alam persuratan. Selepas itu, kami saling berhubung di telefon bimbit. Hampir setiap hari kami saling berbalas sms dan berchatting di facebook sampai aku masuk ke alam pre universiti iaitu program matrikulasi di kolej matrikulasi perlis. Masa tu aku dan dia dah semakin menjauh dan kami jarang berhubung lagi. Kami meneruskan laluan masing-masing. Selepas setahun aku melanjutkan pelajaranku di UPNM dia kembali menghubungiku tapi hubungan kami tak lebih dari seorang kawan.

 Dia sahabat ku sampai sekarang dan tak mungkin aku miliki dirinya kerana dia memang bukan milik aku. 

Dah 8 tahun aku mengenalinya, dan dah 8 tahun dia di hati aku. Mana mungkin aku bisa melupakan dia untuk 3 minggu yang diberi. Tanggal 30 november aku menerima undangan ke majlis perkahwinannya. Betapa hancur dan luluhnya hati aku. Tapi apakan daya, kepahitan ni harus juga aku telan demi kebahagiaannya walau hati tak rela. Aku belajar menerima hakikat yang aku tak boleh dan takkan pernah memiliki dirinya.
Tanggal 21 disember, aku menghadirkan diri ke majlis perkahwinan tersebut dengan hati dan perasaan yang separuhnya telah mati ditelan keperitan penderitaan cinta yang tidak memihak kepadaku.
Aku memberi senyuman yang pada hakikatnya sesaat senyuman itu dikeluarkan umpama setahun aku berjalan di atas kaca yang berderai. Perucapan "tahniah" itu ibarat aku menggigit jariku sendiri sehingga putus. 
Sedarlah wahai asyeeqah, dia milik orang. 


E.Y.E - Izinkan Selamanya Namamu Dihati


Ni lagu tema untuk entry wa kali ni.

P/s : My first love, apapun yang anda tengah lakukan sekarang ni, saya doakan awak bahagia dengan cinta 
       hati yang awak dah pilih. 

Wednesday, December 18, 2013

cerita minggu ini . . .

Assalamualaikum . . .

berhabuknya belog ni..fuhhh!fuhhh!

last weekend, wa xhabiskan weekend wa kat upnm sebabnya wa terlibat dgn kem anak soleh..
jgn gelak ok sebabnya wa pi kem tu pun sebab wa nak hilangkan stress n keserabutan yang ada kat upnm..
jadi wa melarikan diri untuk 2 hari tu pi jadi fasi ajaq budak2..
tujuan utama kem tu nak didik anak-anak penduduk kawasan seksyen 8 Bangi untuk menjadi anak yg soleh & solehah..tapi apa yg aku ajaq depa??
aku ajaq depa wat skuad jump, fork roll, n macam2 lagi pt yg askar selalu buat..
terbaikk sgt asyeeqah..haha..tapi seronok jugak la sebab dok situ makanan dia..nahaiiii!sodap gilo kot...
xpernah jumpa makanan sesodap tu kat upnm..rasa berat hati nak balik upnm..hahaha...poyo!

apa-apapun wa tak sabaq nak menantikan hari jumaat iaitu tanggal 20/12/2013..sebabnya hari tu wa boleh balik perlis..yeahhhh! rindu sgt dah ni..meroyan-royan wa menahan rindu...tapi tiket xbeli lagi n dengaq kata tiket dah nak habis..waaaaaa! macam mana pun esok kena pi cari tiket jugak...huhu

ok lah..nak mimpi perlis sat..gud nite all!

Thursday, December 12, 2013

from the 1st sem . . .

Hari ni wa nak post gambar-gambar dari 1st sem sampai sem 3..



 my first outing with roomate . .


dalam class masa sem 2 . .


 program sukarelawan masa sem 2 kat chow kit road . .


 persembahan flashmob masa sem 1 . .


ni gambar replika kapal terbang kat roudabout RMC . . universiti hampa hado ke?

ok laa..this week very2 busy laa..test keliling pinggang..

Sunday, December 8, 2013

kenangan semalam . . .

Assalamualaikum .. kum ..kum ..
yg semalam itu bukanlah sejarah, tetapi sebuah kenangan . .

ke hadapan saudara&saudari yg dirindui sesungguhnya masa yg berlalu itu sungguh sukar untuk dilupakan & sungguh berat untuk menanggung rasa rindu itu..

gambar kat bawah ni merupakan salah sebuah kenangan yg tak mungkin aku lupakan selagi jantung masih berdegup& selagi darah masih mengalir dalam tubuh ini.. 


 latihan kawad pkbm 2010 . .


time ni dah habis kawad, pandu arah n menembak . .


ni gambar yg diambil untuk majalah sekolah . .

ni gambar suka-suka time rehat lepas penat kawad . . masing- masing muka gelap gila . .
haha ! !


kenangan-kenangan ni cuma secebis dari diari kehidupan aku waktu zaman persekolahan . . tetapi yg secebis ni la yg banyak mencorak hidup dan diri aku yg sekarang . . walaupun dah bertahun berlalu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat . .

Saturday, December 7, 2013

pesta buku . . .

assalamualaikum . . .
penat oi penat . . baru balik dari pesta buku . .
pesta buku mana ? alaaa . . yg kat exhibition centre kat sebelah mines tu . .
bapak terbaik giler kot . . 24/7 sampai 15hb ni kalau xsalah . .
hampa semua mesti tertanya-tanya apa yg terbaik sgt tu kan . .
haaa . . wa pun xberapa tau nak habaq lagu mana . .
hampa kena pi tgk sendiri . . gila punya sale kot . .
wa dah penat . . time to sleep . . good nite all !

Tuesday, December 3, 2013

aku yang lemah tanpamu . . .

Assalamualaikum !!! di sebalik kesibukan seorang student..sempat lagi bergambar walaupun ada program..
We Are Army !!! hijau tu..
kami xmau pakai baju askar no3 tu pi UM..sebab dah agak dah budak UM mesti rugget habis laa..kalau kami pakai no3 ka loreng ka nanti dikatakan askar sesat pulak..
kami merendah diri ja..biar baju bukan askar asalkan dalam hati tu ada jiwa n semangat kepahlawanan..wuuuu! ayat poyo habis..


gelombang hijau !!!


Srikandi laskar UPNM . .


entah kenapa tetiba boleh ternyanyi n terpikirkan lagu ni..mungkin sedang merindui sesuatu atau hati yg tgh melara..apa-apapun..layan jea!!

Kenangan Terindah - Samsons

Saturday, November 30, 2013

Al-kisah 1st time jejak kaki kat UM . . .

kisahnya berbunyi begini..pada minggu lepas, kami semua ni ada date dgn mamat anwar hadi ni..
date yg ditetapkan oleh UM adalah antara jam 3.30 ptg sampai 6 ptg..kejap ja en..1st tgk UM..wowww!!!
inilah kehidupan kampus..tidak seperti UPNM yg poyo..ke hulu ke hilir pakai smart kasual..
depa tu rilex gila dgn rambut yg ala-ala xmandi seminggu + kena elektrik = budak UM..haha..bukan wa nak kutuk la..
mungkin kebiasaan wa di UPNM melihat guys yg berseluar slack + baju berkolar/kemeja dan girls yg berbaju kurung bak wanita melayu terakhir..wa jadi serabut otak tgk budak UM..
mungkin depa dah biasa hidup cam tu..tapi tidak bagi wa..dan berharap lepas ni wa dijauhkan untuk continue study amik master kat UM..
Biaq pi la org nak kata aku ni perak jakun ka apa ka..
tapi aku xmau org lain pandang aku macam aku pandang budak UM sekarang..
sekian setakat ini sahaja..makin banyak wa bebel, makin banyak ketidakpuasan hati terkeluar..


Monday, November 25, 2013

my 1st experience . . . . .

I'm Back!!!!!
percaya atau tidak, wa memang dah sampai broga hill..yeahh!
first wa nak cerita pasal perjalananya la..amatlah menyeronokkan!seyes xtipu..
hahahaha..(nampak xgelak jahat disitu)
ceritanya bermula cam ni..
kami semua bertolak dari upnm dalam pukul 2.30..pukul 3.30 baru sampai broga..
wa tido sejam kot dalam bas..sedar2 turun bas dah terus nak naik bukit..
wa dgn lalinya mmg blur tahap apa tah naik..tgh2 jalan sampai boleh nak terjatuh sbb nak tertido sambil naik bukit..teruknya perangai hang asyeeqah!!sampai kat puncak yg 1st berhenti rest,solat sunat hajat,solat subuh..sambung jalan lagi..sampai puncak yg kedua dah boleh tgk maatahari terbit..cantik gila permandangan time tu..tp disebabkan oleh kamera yg wa bwk tu rosak,dia xboleh tgkap gmbaq time kelam..
wa pun teruskan perjalanan sampai ke puncak ke-3..time tu baru kami semua menggedik tangkap gambaq..haha..nak naik kat puncak ke-4 tu seyes seram..siap kena guna tali lagi..luka tangan wa ni haa..adoiyai!!!dah sampai puncak ke-4 tu..apa lagi..tangkap gambaq lagi!!haha..layan ja ok gambaq kat bawah ni..

with kak mariyam..nmpak tak muka mengantuk di situ..hahaha


puncak ke-2



puncak ke-4


time nak turun dah ni..


puncak ke-3...

back to puncak yg pertama..


penat oii penat ! ! !


buddies ! ! !

me n alifa..kami kalau berdua memang gedik sikit..


gambaq ni style...kak mariyam n kak wanie..credit to me sbb jadi fotographer untuk lawatan kali ni..


semua dah penat..nak balik dah pun..

thanks untuk semua yg join program ni..next time harap ada lagi la program cenggini..walaupun penat tapi seyes sgt best..

sekian untuk entry kali ni..nak sambung wat esaimen..k baii!!

I'm back!!
disebalik kepenatan yg tak hilang-hilang dari semalam ni..
wa gagahkan jugak diri pi class tadi..haha
balik kepada motif sebenar entry buat kali ni..
BROGA!!!!!
aku dah jejak ok puncak broga tu..percaya atau tidak tgk post yang seterusnya jap gi..sebabnya wa xboleh nak upload gambaq..line slow gila..

Saturday, November 23, 2013

broga hill . . .

entry pasal broga hill ni bukan nak cerita pasal pengalaman pi bukit broga..tapi pasal betapa excitednya nak pi sana..ok..its my first time..tu yang gedik excited tu..haha..
tepat jam 2 pagi jap gi wa n geng2 askar yang lain nak bertolak ke bukit broga..
dalam kul 3 or 4 da boleh start mendaki la kot..
doakan kami selamat pergi dan selamat pulang..
bukan senang oii bebudak upnm nak dapat keluaq sesuka hati..
dah ada peluang,pi ja la kan..haha..


sekian entry untuk kali ni..lepas ni wa post pulak pasal pengalaman kat broga hill ni..insyaallah!

Monday, November 18, 2013

hari ini . . .

assalamualaikum..
saat kesibukan datang melanda,berlambak dan bertimbun keja nak kena siapkan dalam minggu..
wa masih boleh lepak kat blog ni haa..lex luu..sap kok lu..

esok wa ada presentation military briefing..mak aii.cuak derr..
sebut sal military briefing,tempat hampa ada kena belajaq semua ni?xdak en..
tu la specialnya belajaq dekat tempat askar..
credit hour tu xpayah kata la 23,24 tu biasa laa..hampa semua ada ka?
haha..salah satu sebab kenapa wa punya kos credit hournya sgt tinggi ialah sebab wa duk sini 3 tahun ja..
kos sains komp 3 tahun!! universiti lain ada?haha..tapi wa peduli apa..dalam kepala wa ni cuma fikir nak dapatkan segulung ijazah dengan kadar yg segera..
ok laa..rasanya cukup setakat ni wa mengarut..wa pun ada rasa mengantuk..nak pi cari bantal dah ni..
k bai!

Sunday, November 17, 2013

haishhh! kala malam bulan mengambang
kala siang kambing mengembek..
kala sekarang wa xboleh nak tidoq la pulak..
sebabnya wa diperli deras dalam fb..
k fine..ku terima walau sakit hati..


tetiba kuaq gambaq ni..
ni gambaq masa kat klcc sem lepas..rindu kot nak lepak klcc dgn geng askar lagi..

jujurlah sayang aku xmengapa . . .



jujurlah sayang
aku tak mengapa
biar semua jelas telah berbeda
jika nanti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati..

ceghita pasal lagu sakit-sakit hati ni kan..hati wa pun tgh bengkak ni..
tapi wa rilex je..jiwa askar la katakan..takkan putus cinta nak tereyak..
ok la .time to sleep..assalamualaikum!

lagu feveret masa kini . . .



wa tgk lam blog member wa pun ada post sal lagu ni..so wa xnak post meleret wat pening pala hotak lu...layan je laa...

Encik Mimpi - Rindukanlah

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku ku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

haaaa!!!!

assalamuailaikum..
tepat jam 20:16:14 wa dapat berita yg mengejutkan..


ni bukan gambaq wa atau wa bakal jadi mcm dlm gambaq ni..tapi member wa..
oh my god!terkelu lidah ni haa..xtau nak kata apa..
tapi satu ja wa dari tadi fikir nak cakap..
Tahniah kawan! aku tak sabaq nak makan nasi minyak hang..insyaallah!!
aku akan pulang pada tarikh tersebut demi melihat cahaya kebahagiaan kawanku..
haha..ayat poyo ja..ok laa..sekian

Kerinduan dalam kesamaran . . .

tadaa!!!

gambaq ni menyimpan beribu erti untuk diri ini..
1. wa rindu kmp
2. wa rindu minah2 kat belakang wa tu
3. wa rindu nak lepak dgn minah2 ni
4. bla....bla...
5. bla.. bla..
6. .......

xlarat wa ni nak menaip byk2..so,setakat ini saja.sekian.
wa pun tgh ada banyak gila esaimen + presentation + test + test + test...
kak long,bang long oii..4 test hari khamis dgn jumaat ni..dah la ketiga-tiganya adalah subjek yg sangat wa gemari..

wa punya keja + test minggu ni:
Isnin : presentation software engineering 

Rabu : Military briefing

Khamis : test literature + test computer security and networking

Jumaat : test artificial intelligence + test data structure

mak aii..banyak kot..gelabah dah ni..tapi wa masih relax minum milo sambil tgk anak-anak sidek..ok la..wa mengundurkan diri yaww..gud bai!

 

upnm



assalamualaikum..
haa..lu nampak tak logo kat atas ni..ni la logo upnm..
upnm dulu dikenali sebagai akademi tentera malaysia(atma)..
kedudukannya terletak dalam kawasan kem sg besi,KL..
dan daku terasa diri amatlah di dalam penjara..haha..
dah pilih sini.dapat sini..rezeki kat sini..nak wat camna en..harung ja laa..
jiwa kena kental sbb askar la katakan..askar la sgt..
dulu wa termimpi-mimpi nak masuk upnm ni..
lepas dah tau apa tu upnm wa serik kot..haha..padan muka,nak sgt kan..
n after this i give warning to my adik-adik,jgn la duk mimpi masuk sini..
sebelum masuk mmg mimpi indah,lepas dah masuk mimpi ngeri xberenti sat..haha..
setakat ni ja la mengutuk mengatak kat universiti kesayangan..kang wa dipanggil nc tan sri zul tu mampus wa..

1st post

First post mungkin akan menyebabkan pembacanya kebosanan..ok la..
firstly,memandang i'm new here, wa nak memperkenalkan diri serba sikit..



cuba teka mana satu wa punya diri..haha
nama saya...ehh gitau nama glamer je la..lu boleh panggil wa syeeqah..
wa asal perlis..
dulu wa sekolah dekat smk derma..
n then continue study kat kmp
n now wa kat upnm..lu tau tak upnm tu ape?kat mane?
lepas ni wa citer sal upnm lak ok..
bye2!