story begin here . . .

story begin here . . .

Sunday, January 5, 2014

flying kiss . . .

OMG...berita panas uollss..haha..xdak la panas sangat pun sebenarnya..

hari ni aku lepak library.. tak sangka pulak jumpa org yang mengaku dia crush dgn aku..haha
malu sebenarnya tapi bajet cool la.. beberapa minggu yang lalu aku dapat surat cinta dari si dia ni..dalam tu ada tulis pasal luahan hati dia + lagu encik mimpi-rindukanlah. boleh pulak dia mai dok lepak depan meja aku duduk ni..banyak lagi meja lain kot nak jugak duduk kat situ. dah la duduk menghadap aku..sakit betul hati ni..

Sejam berlalu, dia dgn kawan-kawan dia pun bangun sebabnya sat gi dia ada paper apa tah.. boleh dia lambai-lambai tangan dia pas tu wat flying kiss..Tolong laa. haishh! dalam hati ni kata tak tau cam na nak hadapi dunia sebabnya boleh dikatakan setiap hari aku akan terserempak dengan dia..

Thursday, January 2, 2014

kawan . . .

Dalam beribu ribu kawan kita, akan ada seorang sahaja yang akan memahami dan sentiasa ada bila kita dalam keadaan suka dan duka..

Apa pendapat anda tentang perkataan kawan?

Kawan tak semestinya semua baik, memahami, selalu ada waktu suka dan duka. Tapi kawan yang baik akan selalu ada untuk kita, akan sentiasa mengingatkan kita, akan sentiasa memegang tangan kita saat kita terjatuh. Kawan yang menjahanamkan orang, tikam kawan dari belakang pun boleh digelar kawan. Aku pasti semua orang pernah dan selalu ter"kenal" dengan kawan yang kurang baik ini. Aku pun pernah. Atas dunia ni banyak perangai yang ada, dan Allah bagi kita tengok dan ambil teladan untuk kita jadi manusia yang lebih baik.

Sepanjang aku hidup 20 tahun ni, memang pernyataan ayat pertama yg kat atas tu betul sebabnya memang hanya tak sampai pun 20 orang dari berpuluh/beratus ribu yang aku kenal merupakan kawan yang boleh digelar kawan baik.







gambar kat atas ni antara kawan yang aku gelar kawan baik yang aku pernah kenal. Ya Allah, berkatilah kehidupan mereka dan berilah mereka kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Susah nak jumpa manusia macam depa ni. wahai sahabatku! saranghaeyo!

Harapan di masa hadapan, semoga aku dapat lagi berkenalan dengan kawan baik sebaik mereka ni.