story begin here . . .

story begin here . . .

Tuesday, December 24, 2013

First Love . . .

" Your first love is always alive and lives all the time in your heart,
   How much you try to forget, it never goes away from your heart. "

" Love doesn't make the world go round, Love is what makes the ride worthwhile. "

Apa pendapat korang pasal first Love? tipu la kalau korang cakap korang tak pernah pun ada first love . .
mungkin ada di antara kita yang kata first love tu macam nightmare, sweet, sad, dan wa pasti ada juga yang berumah tangga dengan first love mereka . . 

Ni kisah cinta pertama aku . .

Aku mula mengenali dirinya sejak di bangku sekolah iaitu ketika usia 12 tahun. Kami hanya bertemu di kem yang diadakan di perlis untuk persediaan sebelum UPSR. Pada masa tu, hanya dia yang menjadi perhatian. Sikap ramahnya, manis senyumnya, sinar matanya, lembut bahasanya yang membuat hatiku tertawan. 
Tipu la kalau aku cakap tak jatuh cinta. Selepas kem tu berlalu, aku selalu terserempak dengan dia di pasaraya, pasar malam tapi kami malu untuk saling bertegur. Hanya senyum yang mampu ku beri.
Selepas tamat sekolah rendah, aku menyambung pelajaran di SMK Derma. Aku tercari-cari dirinya kerana sekolah ni boleh dikatakan memang khas untuk budak yang otaknya geliga sikit. Dalam pencarian tu, aku bertemu sahabat baiknya Si S. S menegur aku dan aku pula menanyakan tentang khabar first love ku itu. S bercerita panjang tentang dia dan ternyata dia tidak mendapat tawaran untuk belajar di sekolah ini. Sejak dari itu, aku dan first love ku ni berbalas surat melalui S sehingga ke tingkatan 3. 3 tahun lamanya kami bercinta di alam persuratan. Selepas itu, kami saling berhubung di telefon bimbit. Hampir setiap hari kami saling berbalas sms dan berchatting di facebook sampai aku masuk ke alam pre universiti iaitu program matrikulasi di kolej matrikulasi perlis. Masa tu aku dan dia dah semakin menjauh dan kami jarang berhubung lagi. Kami meneruskan laluan masing-masing. Selepas setahun aku melanjutkan pelajaranku di UPNM dia kembali menghubungiku tapi hubungan kami tak lebih dari seorang kawan.

 Dia sahabat ku sampai sekarang dan tak mungkin aku miliki dirinya kerana dia memang bukan milik aku. 

Dah 8 tahun aku mengenalinya, dan dah 8 tahun dia di hati aku. Mana mungkin aku bisa melupakan dia untuk 3 minggu yang diberi. Tanggal 30 november aku menerima undangan ke majlis perkahwinannya. Betapa hancur dan luluhnya hati aku. Tapi apakan daya, kepahitan ni harus juga aku telan demi kebahagiaannya walau hati tak rela. Aku belajar menerima hakikat yang aku tak boleh dan takkan pernah memiliki dirinya.
Tanggal 21 disember, aku menghadirkan diri ke majlis perkahwinan tersebut dengan hati dan perasaan yang separuhnya telah mati ditelan keperitan penderitaan cinta yang tidak memihak kepadaku.
Aku memberi senyuman yang pada hakikatnya sesaat senyuman itu dikeluarkan umpama setahun aku berjalan di atas kaca yang berderai. Perucapan "tahniah" itu ibarat aku menggigit jariku sendiri sehingga putus. 
Sedarlah wahai asyeeqah, dia milik orang. 


E.Y.E - Izinkan Selamanya Namamu Dihati


Ni lagu tema untuk entry wa kali ni.

P/s : My first love, apapun yang anda tengah lakukan sekarang ni, saya doakan awak bahagia dengan cinta 
       hati yang awak dah pilih. 

Wednesday, December 18, 2013

cerita minggu ini . . .

Assalamualaikum . . .

berhabuknya belog ni..fuhhh!fuhhh!

last weekend, wa xhabiskan weekend wa kat upnm sebabnya wa terlibat dgn kem anak soleh..
jgn gelak ok sebabnya wa pi kem tu pun sebab wa nak hilangkan stress n keserabutan yang ada kat upnm..
jadi wa melarikan diri untuk 2 hari tu pi jadi fasi ajaq budak2..
tujuan utama kem tu nak didik anak-anak penduduk kawasan seksyen 8 Bangi untuk menjadi anak yg soleh & solehah..tapi apa yg aku ajaq depa??
aku ajaq depa wat skuad jump, fork roll, n macam2 lagi pt yg askar selalu buat..
terbaikk sgt asyeeqah..haha..tapi seronok jugak la sebab dok situ makanan dia..nahaiiii!sodap gilo kot...
xpernah jumpa makanan sesodap tu kat upnm..rasa berat hati nak balik upnm..hahaha...poyo!

apa-apapun wa tak sabaq nak menantikan hari jumaat iaitu tanggal 20/12/2013..sebabnya hari tu wa boleh balik perlis..yeahhhh! rindu sgt dah ni..meroyan-royan wa menahan rindu...tapi tiket xbeli lagi n dengaq kata tiket dah nak habis..waaaaaa! macam mana pun esok kena pi cari tiket jugak...huhu

ok lah..nak mimpi perlis sat..gud nite all!

Thursday, December 12, 2013

from the 1st sem . . .

Hari ni wa nak post gambar-gambar dari 1st sem sampai sem 3..



 my first outing with roomate . .


dalam class masa sem 2 . .


 program sukarelawan masa sem 2 kat chow kit road . .


 persembahan flashmob masa sem 1 . .


ni gambar replika kapal terbang kat roudabout RMC . . universiti hampa hado ke?

ok laa..this week very2 busy laa..test keliling pinggang..

Sunday, December 8, 2013

kenangan semalam . . .

Assalamualaikum .. kum ..kum ..
yg semalam itu bukanlah sejarah, tetapi sebuah kenangan . .

ke hadapan saudara&saudari yg dirindui sesungguhnya masa yg berlalu itu sungguh sukar untuk dilupakan & sungguh berat untuk menanggung rasa rindu itu..

gambar kat bawah ni merupakan salah sebuah kenangan yg tak mungkin aku lupakan selagi jantung masih berdegup& selagi darah masih mengalir dalam tubuh ini.. 


 latihan kawad pkbm 2010 . .


time ni dah habis kawad, pandu arah n menembak . .


ni gambar yg diambil untuk majalah sekolah . .

ni gambar suka-suka time rehat lepas penat kawad . . masing- masing muka gelap gila . .
haha ! !


kenangan-kenangan ni cuma secebis dari diari kehidupan aku waktu zaman persekolahan . . tetapi yg secebis ni la yg banyak mencorak hidup dan diri aku yg sekarang . . walaupun dah bertahun berlalu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat . .

Saturday, December 7, 2013

pesta buku . . .

assalamualaikum . . .
penat oi penat . . baru balik dari pesta buku . .
pesta buku mana ? alaaa . . yg kat exhibition centre kat sebelah mines tu . .
bapak terbaik giler kot . . 24/7 sampai 15hb ni kalau xsalah . .
hampa semua mesti tertanya-tanya apa yg terbaik sgt tu kan . .
haaa . . wa pun xberapa tau nak habaq lagu mana . .
hampa kena pi tgk sendiri . . gila punya sale kot . .
wa dah penat . . time to sleep . . good nite all !

Tuesday, December 3, 2013

aku yang lemah tanpamu . . .

Assalamualaikum !!! di sebalik kesibukan seorang student..sempat lagi bergambar walaupun ada program..
We Are Army !!! hijau tu..
kami xmau pakai baju askar no3 tu pi UM..sebab dah agak dah budak UM mesti rugget habis laa..kalau kami pakai no3 ka loreng ka nanti dikatakan askar sesat pulak..
kami merendah diri ja..biar baju bukan askar asalkan dalam hati tu ada jiwa n semangat kepahlawanan..wuuuu! ayat poyo habis..


gelombang hijau !!!


Srikandi laskar UPNM . .


entah kenapa tetiba boleh ternyanyi n terpikirkan lagu ni..mungkin sedang merindui sesuatu atau hati yg tgh melara..apa-apapun..layan jea!!

Kenangan Terindah - Samsons