story begin here . . .

story begin here . . .

Wednesday, February 26, 2014

Roman cinta . . .

Kita selalunya tak sedar, orang yang selalu buat kita tersenyum tu adalah orang yang sayang kita sangat-sangat, walaupun kadang dia terluka, dia tetap mencuba hingga satu masa, dia undur diri. Masa tu barulah kita akan tercari-cari..

Kesimpulannya, hargailah selagi dia masih ada untuk kita..

Aku tak tujukan untuk sapa-sapa.. cuma tersedih bila teringat 1 kisah . .
Dan kesedihan tu yang membawa aku untuk meminati lagu kat bawah ni sepenuh jiwa..


Roman Cinta - Mojo

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu
Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati roman cinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali roman cinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi
Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta



Mojo - Roman Cinta

Monday, February 24, 2014

Ampang havoc!!

Assalamualaikum...
Ya Allah busy sampai terlupa kita ada blog..
biasa la dah di pengakhiran tahun 2 ni..
oh yeahh!!!
sebut pasal pengakhiran sem 2 ni ahahaha.. Sem depan nak praktikal oii..terbebas sebentar dari upnm yang sangat indah ni..
sem 4 oh sem 4..xsabar nak habiskan sem 4..
ok lah..berbalik kepada tajuk utama hari ni..Ampang havoc!!
start sem ni lu org boleh gelar wa budak ampang ok sebabnya wa memang officially akan berada di ampang every jumaat, sabtu, ahad kecuali cuti sem n cuti midsem la..
jangan risau sebab wa ni masih belum lupa asal usul wa..
actually wa rindu sangat kat negeri perlis yang tercinta tu..tapi kena tahan la sebab nak struggle betul2 sem ni..ahaha..bajet awal2 sem nak jadi budak rajin+poyo..haha..
ok laa..wa ade class military history petang ni..doakan supaya wa xtertido dalam class ok..

Wednesday, February 19, 2014

Rintihan part 1

Assalamualaikum . . .
Alhamdulillah aku masih bernafas seperti biasa . . .
Rintihan dan keluhan aku tentang dugaan dan kepayahan aku berada di upnm ni belum lagi habis..
Apa kata aku sambung di entry seterusnya sebab sekarang ni pukul 5. Jadi wa nak turun pi wat pt la..
badan dah macam tong dram oii..
ok la..setakat ini sahaja..

Tuesday, February 18, 2014

surat kiriman rasmi dari hati . . .

assalamualaikum w.b.t.

hari ni aku berdiri disini setelah sebulan lebih meninggalkan belog ini adalah untuk mengadu domba segala masalah yang menimpa aku di pengawalan semester ini..

Ya Allah Ya Rabbi..
semakin bertambah dugaan yang harus aku hadapi untuk semester 4 ni..dah la credit hour yang sepatutnya cuma 21 dinaikkan kepada 25..lepas tu malam ni pulak dapat kad keluar masuk upnm.. Bermulanya minggu depan semua pelajar upnm yang nak berurusan di luar kawasan campus diwajibkan menggunakan kad keluar masuk. Ya Allah, Tan Sri nc layan kami semua ni macam budak sekolah asrama penuh!! Tolonglaa.. Dah bermacam bantahan dikemukakan oleh pelajar-pelajar. Tapi yang hanya mampu dijawab oleh pihak pengurusan "korang semua ni nak berjaya kena patuh setiap arahan dan peraturan yang upnm dah buat."
Aku sangat sayangkan upnm dan semua warga upnm yang sangat perihatin.. Terima kasih sangat-sangat sebab buat kami semua student upnm ni rasa kembali ke zaman kanak-kanak ribena. Yeahh! aku ni ada rasa nak pi cium pala botak Tan Sri tu tau. Sayang sangat kat dia.

Di sini aku nak menasihati supaya janganlah sesekali bermimpi atau berangan nak masuk UPNM...sebab sekali hampa masuk upnm, mimpi yang sebelum ni indah hanya tinggal kenangan.. masuk sini memang nightmare 3 tahun..

sekian untuk post kali ni..

Yang Benar,
Hati yang sangat-sangat sakit
(Setiausaha agung blog ini)